Search This Blog

Friday, 8 April 2016

Tentang Sekolah Menengah Ugama [Arab]@*SMU(A)

Hari ni admin nak share tentang budak-budak sekolah SMU (A).Mungkin ramai antara korang ingin tahu macam mana budak aliran ni belajar.Pelajar sekolah smu a ni ada cabaran yang agak besar sebab boleh dikatakan tiap-tiap tahun ada peperiksaan besar.
contohnya ;
Tingkatan 3 -pt3
Tingkatan 4 -SMU
Tingkatan 5 -SPM
Tingkatan 6 -STAM (tu pun kalau ambik lah)

Tak silap admin,peperiksaan PMRU untuk budak-budak form 2 ada..tapi dah mansuh..rasanya last sekali tahun 2010.

SMU..
Form 4 diorang kena kerja keras sikit sebab kena cover 13 mata pelajaran 12 daripadanya subjek arab hafalan dan dua lagi subjek bm,bi.

Subjek;
1.Al Quran
2.nahu
3.Soraf
4.Balaghah
5.Muthalaah
6.Insyaa
7.Adab dan nusus
8.Feqah
9.Tauhid
10.Akhlak
11.Tarikh Islam
12.Hadis
13.Tafsir
14.Bm
15.Bi

Tapi jumlah subjek dalam peperiksaan hanya 10 subjek
Sebab digabungkan menjadikan 10 subjek tersebut;

1 Al Quran
2 nahu & soraf*
3 balaghah
4 muthalaah & insyaa*
5 adab nusus
6 feqah & tauhid*
7 tafsir & hadis*
8 akhlak & tarikh islam*
9 bm
10 bi

Subjek yang dicampur * tersebut akan ditambah akan dicampur,kemudian dibahagi dengan 2.

Berikut, peringkat markah atau marking grade bagi Sijil SMU (berdasarkan pada tahun 2014);

Markah kelulusan tertinggi :100

Markah kelulusan terendah :40

Markah cemerlang :85-100

Markah amat baik  :70-84

Markah baik :50-69

Markah lulus :40-49

Markah gagal :01-39

Peringkat sijil diperoleh berdasarkan markah purata keseluruhan.

Peringkat sijil;

Sijil peringkat cemerlang -Mumtaz

Sijil peringkat amat baik -
Jayyid Jiddan

Sijil peringkat baik-
Jayyid

Sijil peringkat lulus-
Maqbul

Gagal - rasib...

Calon yang memperoleh rasib atau gagal, tidak layak memperoleh Sijil.
Terdapat dua sebab mengapa calon tersebut gagal ...pertama..
Calon gagal dalam subjek al quran yang merupakan subjek wajib lulus.Contohnya calon A memperoleh 9 mumtaz tetapi rasib atau gagal dalam mata pelajaran al quran.Kedua...rasib atau gagal dan tidak layak memperoleh sijil kerana markah purata keseluruhan gagal melepasi tahap lulus atau maqbul.

Apa yang dicatatkan oleh admin ini adalah berdasarkan pengalaman admin sendiri sebagai salah seorang pelajar SMU (A).

To be continued...

3 comments:

  1. Nak tanya kalau gagal 1 atau 2 subjek smu tak dapat sijil jgk ker dan tak dapat sambung ke stam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sijil asalkan subject yang wajib Lulus tu tidak gagal

      Delete
    2. Assalamu alaikum kalau gagal SMA boleh ulang kedan boleh ke Mohon stam klu jayyid or jayyid jidan or maqbul

      Delete